EPISOD 48

546 102 42
                                        

80 vote 40 comment unlock new episode

SUASANA yang begitu canggung di dalam kenderaan benar-benar membuatkan Fathan buntu. Tiada langsung suara daripada Orkid kedengaran. Bahkan, wajah isterinya itu begitu pucat. Orkid hanya termenung di tepi tingkap. Ada rasa risau bertamu di ruang hati apabila Orkid sesekali mengeluh panjang.

"Orkid..."

Refleks, Orkid menepis kasar tangan Fathan yang mengenggam jari jemarinya. Dia kaget. Pandangannya bertaut dengan Fathan yang berhenti di bahu jalan. Terasa kelat liur di rangkungan melihat tatapan tajam Fathan.

"Sejuknya tangan Orkid. Orkid tak sihat? Kita balik hospital..."

"Orkid okey."

Fathan mendemah dahi Orkid. Panas! Seakan-akan tangannya mahu terbakar saja mendemah dahi si isteri. Benarlah gerak hatinya menyatakan bahawa Orkid sedang tidak baik-baik saja saat ini.

"Orkid demam. Abang bawa Orkid pergi hospital. Abang risau kalau luka Orkid tu terkena infeksi."

"Tak... Orkid okey..."

"Orkid... jangan degil. Orkid nak sambung belajar atau tidak?"

"Sambung belajar?" Orkid terpinga-pinga apabila Fathan mula mengungkit soal impiannya.

"Ya, abang nak hantar Orkid daftar kolej jururawat kalau Orkid dah sembuh."

"Hah?"

Fathan tersenyum lebar melihat Orkid semakin kebingungan. Lantas, dia menghulurkan sehelai surat tawaran yang sudah dicetak kepada Orkid. Tak mampu menunggu Orkid sembuh untuk berkongsi berita baik yang sudah lama dinanti-nantikan oleh si isteri.

Tatkala Orkid membuka surat tersebut, senyumannya melebar sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Air mata bahagianya mengalir ke pipi membaca setiap bait tulisan di dalam surat tersebut.

"Ya Allah, Alhamdulillah. Orkid... akan jadi jururawat. Impian Orkid... dah tercapai."

"Betul. Orkid akan jadi jururawat. Orkid dah capai impian yang selamani Orkid terpaksa kuburkan. Tahniah Orkid. Abang bangga dengan isteri abang." Fathan turut tersenyum lebar sambil mengesat lembut air mata yang mengalir ke pipi isterinya. 

Namun...

Senyuman Fathan mati.

Degupan jantungnya terasa kencang.

Ada kehangatan yang meresap ke relung hati saat Orkid refleks memeluk tubuhnya dengan erat. Seluruh wajahnya terasa berbahang apabila dakapan Orkid seolah-olah kembali memujuknya yang dihantui rasa bersalah menyakiti isterinya tanpa sengaja. Dicampur pula dengan amarah yang belum reda apabila Doktor Arkan menidakkan kesalahannya.

"Terima kasih abang..."

"Ya... sa... sama-sama..."

Oh Tuhan, Fathan keliru dengan perasaannya.

Apakah dia hanya kasihan

Atau

Sudah mula tumbuhkah benih-benih kasih buat isteri yang dinikahi tanpa cinta?

"Kalau mak masih ada, mesti mak bangga dengan Orkid."

Orkid meleraikan pelukan. Surat tawaran dipeluk erat saat rasa rindu buat ibunya meresap ke dalam jiwa. Orkid masih ingat betapa bangganya Puan Ani saat Orkid menerima keputusan cemerlang dalam SPM.

"Orkid nak abang bawa Orkid ke kuburan mak?"

Orkid bungkam buat seketika. Hanya pandangannya yang saling bertaut dengan Fathan. Pergi ke pusara Puan Ani bermaksud dia akan kembali ke kampung yang sudah meninggalkan trauma dalam hidup Orkid.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HANYA KAU YANG KUMAHUWhere stories live. Discover now