Try-hard Stories

Refine by tag:
try-hard
try-hard

1 Story

  • Unwillingly Yours: When Love Learns to Stay  by aryanasyaa
    aryanasyaa
    • WpView
      Reads 68
    • WpPart
      Parts 1
    Pada usia lapan tahun, Nazira Ayara pernah memberanikan diri mengaku perasaannya kepada seorang budak lelaki bernama Arif. Jawapan yang dia terima menghancurkan hati kecilnya. "I don't like you. I like your cousin." Beberapa minggu kemudian, budak lelaki itu hilang dari hidupnya tanpa jejak. Lima belas tahun berlalu. Takdir menemukan mereka semula - bukan sebagai kenalan lama, tetapi sebagai suami isteri dalam sebuah perkahwinan yang diatur keluarga. Arif Afiq. Lelaki pendiam yang tidak pernah menginginkan Nazira Ayara. Lelaki yang dipaksa mengahwininya. Lelaki yang melayannya seperti orang asing di dalam rumah mereka sendiri. Dalam usaha menjadi isteri yang baik, Nazira Ayara mencuba segalanya untuk memenangi hati suaminya - walaupun terpaksa mencintai sendirian. Dia menunggu. Dia cuba mengambil hati Arif Afiq. Dia bertahan. Dia berpura-pura bahagia di hadapan semua orang. Tiada siapa tahu betapa hancurnya hubungan mereka di sebalik pintu tertutup. Sehingga suatu hari, Nazira Ayara menemui album sekolah lama milik Arif Afiq - dan menyedari bahawa lelaki yang kini menjadi suaminya... adalah cinta pertamanya yang hilang. Namun kebahagiaan itu tidak pernah menjadi miliknya. Kerana Arif Afiq masih mencintai orang lain. Sepupunya sendiri. Aryana Alissa - gadis yang tidak pernah tahu dia pernah menjadi pilihan hati seorang lelaki yang kini mematahkan hati Nazira Ayara setiap hari. Nazira Ayara sanggup bertahan demi cinta. Persoalannya... Berapa lama seseorang mampu bertahan dalam perkahwinan tanpa perasaan dan cinta? Apa akan terjadi apabila wanita yang sentiasa menunggu akhirnya berhenti? Dan apa akan terjadi apabila lelaki itu mula sedar bahawa wanita yang selalu ada di sisinya dan mencintainya... mula tawar hati? She married her childhood crush. Only to realise--- He never stopped loving someone else. Start: 20 Februari 2026 End: Slow update.