AefaLouise
Calissa Eurielle × Tuan Arman Naufal
Dua pewaris, dua darjat, dan satu takdir yang tidak dijangka.
Keluarga Naufal digemparkan dengan keputusan Tuan Najhan untuk menjodohkan dua anak lelakinya, Aiden dan Arman, secara serentak. Namun, pilihan hati tidak semudah yang disangka. Aiden, si sulung yang matang dan workaholic, akhirnya disatukan dengan Zinnia Elesa, seorang gadis sederhana yang penuh dengan rasa rendah diri. Manakala Arman, si bongsu yang dingin namun menyimpan banyak rahsia, memilih Calissa Eurielle.
Calissa bukan calang-calang gadis. Dia merupakan puteri bongsu kepada jutawan Spain yang terbiasa hidup dalam kemewahan dan dimanjakan. Namun, di sebalik kecantikannya, hati Calissa sebenarnya terpaut pada Aiden. Baginya, perkahwinan dengan Arman hanyalah satu aturan yang terpaksa diterima.
Bagi Tuan Arman Naufal, Calissa adalah segalanya. Sejak kecil, dia telah menanam tekad untuk melindungi gadis itu. Walaupun dia tahu hati isterinya memilih abang kandungnya sendiri, namun Arman tidak pernah mengalah. Dengan empayar perniagaan yang lebih besar daripada keluarga sendiri, Arman memulakan misinya untuk 'meratukan' Calissa.
Segala kemewahan yang dimiliki dihamparkan di kaki Calissa-daripada butik mewah, villa, hingga ke barangan limited edition asalkan gadis itu tersenyum. Arman yang dingin sanggup menjadi seorang suami yang sangat clingy, malah sanggup menjadi 'pelayan' peribadi demi memastikan tangan halus isterinya tidak menyentuh sebarang kerja rumah. Namun mampukah kemewahan dan layanan "perfect husband" daripada Arman berjaya memadam nama Aiden dalam hati Calissa?
Ini bukan sekadar kisah cinta biasa. Ini adalah tentang seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi hati seorang gadis yang dia cintai.