wwwwMohdKentang
Tahun 2019.
Hari pertama aku dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris sepatutnya jadi permulaan biasa untuk hidup seorang mahasiswa.
Tapi semuanya berubah bila aku ternampak seorang akak MPP bernama Hana Imani.
Sejak hari itu, hidup aku mula dipenuhi dengan benda-benda kecil yang tak pernah aku peduli sebelum ni - tunggu terserempak dekat kampus, berharap dapat reply chat, dan senyum sendiri bila nampak dia.
Aku cuma mahasiswa biasa.
Dia pula seorang senior yang semua orang kenal.
Mustahil untuk aku, kan?
Dear Akak MPP ialah kisah tentang cinta kampus, persahabatan, kenangan universiti, dan seorang lelaki yang perlahan-lahan belajar tentang perasaan, kehidupan... dan erti melepaskan.
Kadang seseorang hadir bukan untuk kekal selamanya.